Kenapa pilih EVH ?


Assalamualaikum dan hai :)


Sumber : Galeri

Pertamanya, penulis mungkin akan menggunakan bahasa bercampur di sini jadi maaf kalau tidak menghormati bahasa formal. Bahasa bercampur maknanya boleh keluar BM formal dan informal, loghat sikit, English informal, bahasa Indonesia dan mungkin ada tambahan lagi (kih kih).
I'll make sure readers can get something useful from this post and may help you in anyway okayy. Wink Smile.

Previously, penulis ada post tentang EVH UKM atau nama singkatan lainnya adalah KPKI (Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri). Penulis nak share tentang bidang ni. Sempat lagi bagi yang nak isi UPU sesi 2020 untuk fikir dan decide betul-betul kos mana yang sesuai for yourself. Tak kira you dapat result apa pun, your decision mesti suit dengan what do you want to be. Kalau belum, makanya sila me-timekan diri anda. Buat secangkir teh atau kopi. Keluarkan buku dan pen. Duduk dan fikir. Bukan di cafe, bukan di McDonalds and what not tapi places yang you boleh tenang and be mindful. Sebelum tidur pon okay actually cuma make sure you ingat la esok pagi tu apa yang difikirkan hendaknya. For those yang jelas dan sure dengan apa yang you nak, I would like to congratulate you. Cantikkan lagi cita-cita anda dengan tujuan anda hidup. Maka akan worth dunia akhirat in sha Allah. Untuk yang belum ada hala tuju, its okay. It is never too late. Tarikh tutup UPU dilanjutkan makanya masih ada waktu. I repeat buat secangkir air sedap and jot down your mind. Ambil masa seketika untuk masa panjang anda. Jangan terganggu dengan keadaan rumah atau orang sekeliling. Pilihan akan direstui jika anda yakin dengan what do you want to pursue.

Ringkasnya, penulis merupakan pelajar bidang ini di Universiti Kebangsaan Malaysia, kampus Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, UKM ada 3 cawangan, di Bangi (which is main campus), di KL (Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pergigian) dan di Cheras (Fakulti Perubatan). Saya letak tajuk  EVH sebab lebih familiar by name, in Malay, Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri (KPKI). Soon will be graduated with Bachelor of Environment Health with Honours. Belum sampai setahun lagi penulis berada dalam bidang ini, sekarang sem 2 tetapi sebelum ini ada belajar tentang Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and  Health) serba sedikit so here I am. Dulu ada cita-cita untuk lari ke bidang OSH after graduate from previous degree tapi tak kesampaian. He knows better. Alhamdulillah. :)

Kenapa bidang ini?

1) Bidang ni melibatkan kesihatan dan penulis banyak exposure to science background. Sekolah menengah, asasi, previous degree, all sciences. Selepas asasi, penulis decide not to proceed with physics jadi tak prefer engineering dan seangkatan. Huhuh. Sorry cikgu. Cikgu ajar best tapi I cannot cope with physics. Butuh banyak tenaga untuk faham :(. Dan tiada exposure to art ke atau any skills. Belajar buat roti tu sikit-sikit ada la tapi for leisure.

2) Bidang ni melibatkan persekitaran which I enjoy outdoor activity. Penulis suka sports. Dari kecil lebih terexpose kepada sukan dan permainan luar. Jadi outdoor lebih dekat di hati. :)

3) Bidang ni lebih luas dan lebih banyak yang boleh di explore lepas habis degree. Environment, health and safety.  Biomedical sangat rapat dengan bidang penulis sebelum ni tapi jobscope agak limited. Saya suka food tapi Nutrition dan Dietion bukan pilihan sebab penulis tak nampak nak kembangkan ke arah apa. Penulis pernah involve dalam research tentang masalah penglihatan tapi Optometry bukan pilihan sebab yang sama jugak. Tapi tak menafikan pasti ada cuma sepanjang pengamatan sekitar penulis, terasa jauh dengan diri. Yang menarik dalam EVH, akan sentuh food hygiene and safety (yang juga tentang food), tentang air and water quality which I excited to explore more.

4) Bidang ni demanding in current era. Sebenarnya every bidang demanding mengikut keperluan semasa. Ada yang jelas demandnya contoh dalam bidang kesihatan medical doctor, dentist, pharmacist sebab ramai orang sakit jadi perlu rawatan. Dalam bidang kejuruteraan demanding sebab keperluan pembangunan dan ekonomi semasa, itu tergantung pengkhususan jugak. Ada bidang yang tak perlu ramai orang jadi mungkin tak begitu menonjol di kalangan kita. Untuk bidang EVH ni, penting sebab dia dalam cabang kesihatan which is essential for human untuk terus bekerja. Situasinya orang bekerja tapi kita lupa apa risk they would face semasa bekerja especially pekerja yang deal dengan kerja yang boleh menyebabkan temporary atau permanent injury contohnya pekerja kilang. Siapa yang akan menjaga kebajikan mereka ni? Those yang ada dalam field ni lah. Yang sediakan guidelines supaya industri boleh rujuk, yang akan inspect supaya industri tak abaikan perkara ni, yang akan audit risiko di tempat kerja. Tapi kita tak bekerja sendiri, kita akan work along with others contoh medical doctor sebab mereka akan treat them so they should know too. Part kita more to inspect industry mengikut kuasa yang diberikan kepada kita, compound those yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan and educate them. Boleh juga jadi penasihat dan rangka safety plan if belum ada. Ni bila you jadi Safety and Health Manager dalam industri (swasta) atau someone yang terlibat dalam pengurusan peringkat nasional. Dalam kerajaan, you akan bermula sebagai pegawai kesihatan dan keselamatan (Safety and Health Officer), kebanyakannya bekerja di Pusat Kesihatan Daerah.

If awak semua ada wavelength yang sama dengan penulis. Boleh join bidang ni. Dialu-alukan sangat :)

Apa lagi yang anda perlu tahu?

1) Untuk bahasa perantara, UKM praktikkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Anda akan dapati sebahagian subjek diajar dalam bahasa Inggeris contoh subjek sem 1 di mana kebiasaan kita  dan pensyarah lebih selesa dengan bahasa Inggeris.  Tidak menjadi masalah kerana kedua-dua bahasa diterima dalam peperiksaan. Soalan juga akan ditulis dalam dwibahasa. Cuma jangan tulis bahasa rojak mcm penulis ni. Ni platformnya beda ya.

2) Untuk pergerakan harian, kampus dan kolej kediaman tidak berada dalam satu tembok seperti Bangi dan Cheras ya. Pergerakan ke kampus adalah menaiki bas yang disediakan pihak universiti setiap 30 minit, bermula 7 pagi hingga 7 petang. Jangan risau, lama kelamaan akan terbiasa. Keadaanya sama seperti di Bangi, bezanya pelajar UKM KL perlu harungi kota raya KL. Best jugak hayati pemandangan sepanjang perjalanan tu.

3) Untuk jadual harian, tidaklah terlalu padat seperti asasi atau matrik. Jadual semasa foundation lebih padat, jarang dapat break antara lecture melainkan waktu rehat. Sem pertama kelas kebanyakannya bermula jam 9 pagi which is late compare to pharmacy and dentistry. Lecture usually takes 1 to 2 hours per subjects. Break at 1pm until 2pm. Kelas paling lambat akan habis jam 5 petang but not everyday. Akan ada hari no lecture jadi tak perlu ke kampus tapi tak selalu.


Permohonan UPUhttp://upu.moe.gov.my/

Official portal UKM
https://www.ukm.my/portal/

Bachelor Degree offered by UKM
https://www.ukm.my/portal/local-students/

NIOSH official website
http://www.niosh.com.my/

Setakat itu sahaja dulu. May it will benefit you. Thank you for reading :).
Do comments if you have any inquiries.

Nainanoor
6 April 2020
Under Restriction Movement Order

Tentang EVH UKM :)


Assalamualaikum dan hai :)



Sumber : Galeri 


Environmental Health and Industrial Safety (Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri)

EVH UKM adalah program ijazah yang ditawarkan selama 4 tahun. Anda akan mempelajari hubungan antara manusia dan alam sekitar berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan. Anda akan didedahkan dengan isu-isu semasa merangkumi isu kesihatan, persekitaran dan keselamatan industri. Antara contoh isunya adalah kesan pencemaran persekitaran (air, udara, tanah, kebisingan, haba) kepada kesihatan manusia, pengurusan sisa buangan, penyakit berjangkit dan banyak lagi.

Tujuan bidang ini adalah untuk memelihara dan membaiki kualiti alam sekitar serta memberi kesedaran untuk menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup masyarakat pada masa kini dan akan datang.
Bidang ini penting bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan keselamatan pekerja melalui peningkatan kualiti persekitaran yang sihat dan selamat.

Disini, saya senaraikan subjek yang akan dipelajari. Maklumat di bawah adalah versi sesi 2017/2018.

Semester 1
  • Anatomi Manusia
  • Fisiologi Manusia
  • Biokimia Asas dan Metabolisme
  • Kimia Persekitaran Asas
  • Mikrobiologi Persekitaran
Semester 2
  • Sains Persekitaran
  • Prinsip Kesihatan Persekitaran
  • Kimia Persekitaran Lanjutan
  • Fizik Persekitaran **
  • Pengurusan dan Keselamatan Makmal **
  • Pencemaran Bunyi, Haba dan Cahaya **
** : Pilih 2 subjek

Semester 3
  • Kesihatan Masyarakat dan Epidemiologi
  • Parasitologi Perubatan
  • Toksikologi Asas
  • Patologi Asas
  • Pendidikan Kesihatan Persekitaran **
  • Pencemaran dan Kesihatan **
** : Pilih 1 subjek

Semester 4
  • Persampelan dan Analisis Persekitaran
  • Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
  • Kualiti Air
  • Entomologi Perubatan
  • Kualiti Air
Semester 5
  • Biostatistik
  • Penyakit Pekerjaan dan Persekitaran
  • Kualiti dan Keselamatan Makanan
  • Ergonomik
  • Toksikologi Industri dan Persekitaran
  • Penyakit Berjangkit **
  • Pengurusan Persekitaran **
** : Pilih 1 subjek

Semester 7
  • Kaedah Penyelidikan
  • Penyelidikan Kesihatan Persekitaran I
  • Higen Industri
  • Perundangan Kesihatan Persekitaran dan Prosedur Pendakwaan
  • Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan **
  • Asas Ekonomi Persekitaran **
  • Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan **
** : Pilih 2 subjek

Semester 7
  • Pengurusan Bahan Bermudarat dan Sisa Pepejal
  • Penyelidikan Kesihatan Persekitaran II
  • Penilaian Risiko Kesihatan
  • Penilaian Kesan Alam Sekitar **
  • Ekotoksikologi **
  • Penulisan Akademik Kesihatan Persekitaran ***
  • Komunikasi Saintifik Kesihatan Persekitaran ***
** : Pilih 1 subjek
*** : Pilih 1 subjek

Semester 8

  • Latihan Industri

Apa skop pekerjaannya?



Sumber : Pensyarah


1) Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (di sektor awam atau industri). 

2) Ahli keselamatan makanan (Food Safety Officer) di industri makanan.

3) Amalan persendirian seperti Risk Accessor di sektor industri. Terdapat industri kecil yang mungkin tidak mengambil Safety and Health Officer (SHO) sebagai pekerja permanen mereka, jadi mereka akan mengupah accreditted accessor untuk mengaudit industri mereka apabila perlu contohnya untuk mengaudit kebisingan (noise audit). Untuk jadi accreditted accessor, anda perlu mengambil ujian dari NIOSH.

4) Pegawai penyelidik

5) Ahli akademik


Apa kelayakan untuk masuk EVH UKM?

1) Mendapat sekurang-kurangnya gred B- dalam subjek Biologi dan Kimia pada peringkat STPM / Matrikulasi / Asasi / A-level. MUET Band 3.

2) Mendapat sekurang-kurangnya gred C+ dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan pada peringkat STPM / Matrikulasi / Asasi / A-level. MUET Band 3.

3) Memiliki Diploma Kesihatan Persekitaran / Sains Kesihatan atau Diploma yang setara dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 bagi lepasan diploma. MUET Band 3.



Sumber : Pensyarah

Di bawah, saya sertakan rujukan penulis dan pautan yang berkaitan.

Risalah EVH UKMhttp://www.ukm.my/fsk/wp-content/uploads/2015/04/kpki.pdf

Subjek setiap semester EVH UKMhttp://www.ukm.my/fsk/wp-content/uploads/2015/05/Kesihatan-Persekitaran-dan-Keselamatan-Industri-Sesi-20172018.pdf

Portal Rasmi UKMhttps://www.ukm.my/portal/

Portal Rasmi NIOSHhttp://www.niosh.com.my/

Permohonan UPUhttp://upu.moe.gov.my/


Semoga bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh dibuat terus ke bahagian komen. Penulis akan memberi respon in sha Allah. Anda boleh membaca entri yang seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang EVH UKM dari kaca mata penulis.
  >> https://nainanoor.blogspot.com/2020/04/kenapa-pilih-evh.html

Nainanoor
6 April 2020
Under Restriction Movement Order

Kenapa pilih EVH ?

Assalamualaikum dan hai :) Sumber : Galeri Pertamanya, penulis mungkin akan menggunakan bahasa bercampur di sini jadi maaf kala...