Assalamualaikum dan hai :)
Sumber : Galeri
Environmental Health and Industrial Safety (Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri)
EVH UKM adalah program ijazah yang ditawarkan selama 4 tahun. Anda akan mempelajari hubungan antara manusia dan alam sekitar berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan. Anda akan didedahkan dengan isu-isu semasa merangkumi isu kesihatan, persekitaran dan keselamatan industri. Antara contoh isunya adalah kesan pencemaran persekitaran (air, udara, tanah, kebisingan, haba) kepada kesihatan manusia, pengurusan sisa buangan, penyakit berjangkit dan banyak lagi.
Tujuan bidang ini adalah untuk memelihara dan membaiki kualiti alam sekitar serta memberi kesedaran untuk menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup masyarakat pada masa kini dan akan datang.
Bidang ini penting bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dan keselamatan pekerja melalui peningkatan kualiti persekitaran yang sihat dan selamat.
Disini, saya senaraikan subjek yang akan dipelajari. Maklumat di bawah adalah versi sesi 2017/2018.
Semester 1
- Anatomi Manusia
- Fisiologi Manusia
- Biokimia Asas dan Metabolisme
- Kimia Persekitaran Asas
- Mikrobiologi Persekitaran
- Sains Persekitaran
- Prinsip Kesihatan Persekitaran
- Kimia Persekitaran Lanjutan
- Fizik Persekitaran **
- Pengurusan dan Keselamatan Makmal **
- Pencemaran Bunyi, Haba dan Cahaya **
Semester 3
- Kesihatan Masyarakat dan Epidemiologi
- Parasitologi Perubatan
- Toksikologi Asas
- Patologi Asas
- Pendidikan Kesihatan Persekitaran **
- Pencemaran dan Kesihatan **
Semester 4
- Persampelan dan Analisis Persekitaran
- Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
- Kualiti Air
- Entomologi Perubatan
- Kualiti Air
- Biostatistik
- Penyakit Pekerjaan dan Persekitaran
- Kualiti dan Keselamatan Makanan
- Ergonomik
- Toksikologi Industri dan Persekitaran
- Penyakit Berjangkit **
- Pengurusan Persekitaran **
Semester 7
- Kaedah Penyelidikan
- Penyelidikan Kesihatan Persekitaran I
- Higen Industri
- Perundangan Kesihatan Persekitaran dan Prosedur Pendakwaan
- Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan **
- Asas Ekonomi Persekitaran **
- Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan **
Semester 7
- Pengurusan Bahan Bermudarat dan Sisa Pepejal
- Penyelidikan Kesihatan Persekitaran II
- Penilaian Risiko Kesihatan
- Penilaian Kesan Alam Sekitar **
- Ekotoksikologi **
- Penulisan Akademik Kesihatan Persekitaran ***
- Komunikasi Saintifik Kesihatan Persekitaran ***
*** : Pilih 1 subjek
Semester 8
- Latihan Industri
1) Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (di sektor awam atau industri).
2) Ahli keselamatan makanan (Food Safety Officer) di industri makanan.
3) Amalan persendirian seperti Risk Accessor di sektor industri. Terdapat industri kecil yang mungkin tidak mengambil Safety and Health Officer (SHO) sebagai pekerja permanen mereka, jadi mereka akan mengupah accreditted accessor untuk mengaudit industri mereka apabila perlu contohnya untuk mengaudit kebisingan (noise audit). Untuk jadi accreditted accessor, anda perlu mengambil ujian dari NIOSH.
4) Pegawai penyelidik
5) Ahli akademik
Apa kelayakan untuk masuk EVH UKM?
1) Mendapat sekurang-kurangnya gred B- dalam subjek Biologi dan Kimia pada peringkat STPM / Matrikulasi / Asasi / A-level. MUET Band 3.
2) Mendapat sekurang-kurangnya gred C+ dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan pada peringkat STPM / Matrikulasi / Asasi / A-level. MUET Band 3.
2) Mendapat sekurang-kurangnya gred C+ dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan pada peringkat STPM / Matrikulasi / Asasi / A-level. MUET Band 3.
3) Memiliki Diploma Kesihatan Persekitaran / Sains Kesihatan atau Diploma yang setara dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 bagi lepasan diploma. MUET Band 3.
Sumber : Pensyarah
Risalah EVH UKM : http://www.ukm.my/fsk/wp-content/uploads/2015/04/kpki.pdf
Subjek setiap semester EVH UKM : http://www.ukm.my/fsk/wp-content/uploads/2015/05/Kesihatan-Persekitaran-dan-Keselamatan-Industri-Sesi-20172018.pdf
Portal Rasmi UKM : https://www.ukm.my/portal/
Portal Rasmi NIOSH : http://www.niosh.com.my/
Permohonan UPU : http://upu.moe.gov.my/
Semoga bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh dibuat terus ke bahagian komen. Penulis akan memberi respon in sha Allah. Anda boleh membaca entri yang seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang EVH UKM dari kaca mata penulis.
>> https://nainanoor.blogspot.com/2020/04/kenapa-pilih-evh.html
Nainanoor
6 April 2020
Under Restriction Movement Order



No comments:
Post a Comment